Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir pertahankan gaji minimum dinaikkan RM50

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan Pakatan Harapan menghadapi kesukaran untuk menentukan gaji minimum yang tinggi, memandangkan sebahagian besar kewangan negara digunakan untuk membayar hutang.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir pertahankan gaji minimum dinaikkan RM50

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. (Gambar fail: Kazuhiro Nogi/AFP)

Diterbitkan : 07 Sep 2018 08:21PM Dikemas Kini : 07 Sep 2018 08:23PM

PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan Pakatan Harapan menghadapi kesukaran untuk menentukan gaji minimum yang tinggi, memandangkan sebahagian besar kewangan negara digunakan untuk membayar hutang.

Dr Mahathir menjelaskan bahawa buat masa ini, kerajaan Malaysia tidak mampu untuk meningkatkan jumlah perbelanjaan memandangkan hutang yang ditanggung terlalu besar.

“Ada yang berpendapat RM1,800 (S$597) adalah paling sesuai, ada pula yang kata RM1,500 (S$498) gaji minimum paling sesuai.

"Tetapi kita juga harus ingat kita sedang bersaing dengan negara lain, kalau kos kita meningkat terlalu tinggi, kita akan hilang daya saing kita," kata beliau semasa satu sidang media yang diadakan selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini (7 Sep).

Penetapan gaji minimum yang diumumkan kerajaan Malaysia pada Rabu (5 Sep) menyaksikan kenaikan RM50 (S$16.60) di Semenanjung dan RM130 (S$43) di Sabah dan Sarawak, berdasarkan saranan-saranan oleh semakan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) terhadap Perintah Gaji Minimum 2016. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan