Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir No. 1 dalam senarai lelaki paling dikagumi M'sia; Siti Nurhaliza pula wanita No. 1

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, sekali lagi mengungguli senarai lelaki Malaysia paling dikagumi. Demikian menurut kajian tahunan YouGov.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir No. 1 dalam senarai lelaki paling dikagumi M'sia; Siti Nurhaliza pula wanita No. 1
Diterbitkan : 25 Jul 2019 12:14AM Dikemas Kini : 25 Jul 2019 12:19AM

SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, sekali lagi mengungguli senarai lelaki Malaysia paling dikagumi. Demikian menurut kajian tahunan YouGov.

Keputusan itu, yang berdasarkan kajian ke atas 1,075 rakyat Malaysia oleh sebuah firma pasaran, juga melihat Dr Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama Malaysia, terpaksa mengalah kepada Perdana Menteri berusia 94 tahun itu untuk menduduki tempat kedua.

Satu lagi nama rakyat Malaysia yang dikagumi dalam senarai sepuluh teratas itu ialah Lee Chong Wei, yang baru-baru ini bersara daripada bermain badminton Olimpik. Beliau menduduki tempat keenam dalam senarai.

Usahawan hartawan teknologi juga antara yang turut disenaraikan. Antaranya ialah pengasas microsoft dan dermawan Bill Gates (tempat keempat), pengasas Alibaba Jack Ma (tempat kelima) dan pengasas Facebook Mark Zuckerberg (tempat kesembilan).

Ahli-ahli politik juga disenarai dalam sepuluh tangga teratas dengan bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di tempat kelapan sementara Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pula di tempat kesepuluh.

Senarai 10 individu paling dikagumi itu dilengkapi dengan pelakon dengan seni mempertahankan diri dari Hong Kong, Jackie Chan (tempat ketiga), dan pemain bola dari Portugis, Cristiano Ronaldo (tempat ketujuh).

SENARAI 10 WANITA PALING DIKAGUMI M'SIA

Penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin pula adalah wanita Malaysia paling dikagumi untuk dua tahun berturut-turut disusuli oleh isteri Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Wanita pertama Malaysia untuk memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, menduduki tempat ketiga.

Senarai wanita Malaysia itu dilengkapkan dengan usahawan dan pengasas FashionValet dan The dUCk Group, Vivy Yusof, yang tersenarai di tempat ketujuh.

Sementara itu, pengacara program bual bicara Oprah Winfrey menduduki tempat keempat. Pelakon Hollywood Angelina Jolie dan Emma Watson masing-masing di tempat kelima dan keenam manakala penyanyi Amerika Taylor Swift berada di tempat ke-10.

Senarai itu dilengkapi dengan bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama (tempat kelapan), dan Queen Elizabeth II (tempat kesembilan).

Pada Disember lalu, YouGov mengumpulkan pencalonan daripada juri dari 41 negara dan menanyakan soalan mudah: “Fikirkan orang yang masih hidup di dunia hari ini, siapakah lelaki atau wanita yang anda paling kagumi?”

Pencalonan itu kemudian digunakan untuk mengumpul senarai 20 lelaki dan 20 wanita yang menerima pencalonan paling banyak dan dicalonkan oleh sekurang-kurangnya empat negara.

Tambahan 10 individu tempatan popular ditambah kepada senarai itu untuk setiap negara. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan