Images
  • bata mahathir
    Petikan skrin instastory yang menunjukkan Tun Mahathir menggunakan selipar Bata.

Dr Mahathir nafi pakai selipar Bata satu lakonan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau 'berlakon' bagi menunjukkan dirinya mengamalkan sikap berjimat-cermat dengan memakai selipar Bata berharga RM11.99 (S$4) dan membeli-belah di kedai runcit bajet.

Menurut Malaysiakini, sesetengah pihak mendakwa Dr Mahathir sekadar berlakon supaya tidak mengundang tanggapan beliau boros berbelanja.

"Saya tidak cuba menggambarkan hal sedemikian; saya memang secara semula jadi seperti itu," katanya dalam wawancara bersama Malay Mail.

"Orang ramai tidak tahu gaya hidup saya. Saya sangat berjimat-cermat. Saya tidak membazir wang. Saya tidak membeli perkara yang saya tidak perlukan.

"Saya sangat berhati-hati mengenai cara saya menghabiskan wang saya," kata Dr Mahathir.

"Kamu lihat, saya seorang yang tidak mempunyai hutang. Saya tidak meminjam wang," tambah Dr Mahathir seperti ditukil Malaysiakini.

Pengerusi Pakatan Harapan itu selanjutnya berkata bahawa beliau hanya mengambil pinjaman untuk membina kediamannya yang sudah segera beliau langsaikan.

"Jika saya meminjam, saya merasa dibebani kerana perlu membayar balik. Saya tidak mahu rasa beban itu," katanya. 

- Agensi berita/AQ/aq

Top