Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir mulakan tugas sebagai Perdana Menteri sementara

Dr Mahathir Mohamad hari ini (25 Feb) memulakan tugas sebagai Perdana Menteri sementara Malaysia. 

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir mulakan tugas sebagai Perdana Menteri sementara

Dr Mahathir dilihat memasuki Perdana Putra di Putrajaya, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, pada pukul 9.29 pagi 25 Feb 2020. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 25 Feb 2020 01:38PM Dikemas Kini : 25 Feb 2020 01:42PM

PUTRAJAYA: Dr Mahathir Mohamad hari ini (25 Feb) memulakan tugas sebagai Perdana Menteri sementara Malaysia.

Dr Mahathir dilihat memasuki Perdana Putra di Putrajaya, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, pada pukul 9.29 pagi.

Beliau, yang menaiki kenderaan rasmi dengan plat Malaysia 2020, membalas lambaian para wartawan yang membuat liputan di luar bangunan itu. 

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri sementara selepas menerima peletakan jawatannya semalam.

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh semalam dan surat dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada 1.00 tengah hari.

Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dalam kenyataan semalam memaklumkan Yang di-Pertuan Agong melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baharu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Encik Mohd Zuki, dalam tempoh itu, Dr Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri baharu dilantik dan Kabinet dibentuk.

Beliau juga memaklumkan Sultan Abdullah, atas nasihat Perdana Menteri, turut membatalkan pelantikan timbalan perdana menteri, semua menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik pada Isnin.   

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan