Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir lancar inisiatif galak rakyat M'sia membaca

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pemangku Menteri Pendidikan, pada Rabu (13 Feb) melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK), yang merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha meningkatkan keberhasilan pembacaan rakyat di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir lancar inisiatif galak rakyat M'sia membaca

Dr Mahathir ketika bergambar kenangan di majlis pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan di Universiti Kebangsan Malaysia. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Feb 2020 01:29PM Dikemas Kini : 13 Feb 2020 01:33PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pemangku Menteri Pendidikan, pada Rabu (13 Feb) melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK), yang merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha meningkatkan keberhasilan pembacaan rakyat di negara itu.

Menurut buku atur cara pelancaran DMK, melalui inisiatif itu, kerajaan akan memantapkan persekitaran asas galakan membaca dan ketersediaan mental rakyat secara agresif, kreatif dan inklusif.

Ia selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara membaca dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Melalui slogan #MalaysiaMembaca, DMK anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia itu memberi fokus kepada meningkatkan jumlah pembacaan, jumlah pembaca dan sasaran pembaca yang lebih menyeluruh serta melalui penglibatan semua peringkat masyarakat.

Ini memperlihatkan kesungguhan pihak kerajaan untuk menjadikan amalan membaca satu budaya demi membentuk satu masyarakat yang berpengetahuan, berilmu dan bermaklumat.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan