Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir dianugerahkan darjah kebesaran daripada Maharaja Jepun

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan menerima darjah kebesaran ”The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers” daripada Maharaja Jepun sewaktu lawatan kerja beliau selama tiga hari bermula Isnin (5 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir dianugerahkan darjah kebesaran daripada Maharaja Jepun

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: Lai Seng Sin/Reuters)

Diterbitkan : 04 Nov 2018 07:18PM Dikemas Kini : 04 Nov 2018 07:21PM

TOKYO: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan menerima darjah kebesaran ”The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers” daripada Maharaja Jepun sewaktu lawatan kerja beliau selama tiga hari bermula Isnin (5 Nov).

Duta Besar Malaysia ke Jepun Encik Ahmad Izlan Idris berkata pengurniaan darjah kebesaran tertinggi negara Jepun oleh Maharaja Akihito yang akan berlangsung di Istana Maharaja pada Selasa (6 Nov) adalah berikutan sumbangan besar Dr Mahathir atas pengukuhan hubungan baik antara kedua-dua negara.

“Secara tradisi darjah kebesaran itu diberikan kepada penerima di kalangan pemimpin luar seperti Perdana Menteri dan negawaran terbilang dalam dan luar Jepun,” katanya kepada wartawan Malaysia pada Ahad (4 Nov).

Dr Mahathir akan menjadi pemimpin ketiga dari Asia yang menerima darjah kebesaran itu selepas mantan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan mantan Perdana Menteri India Manmohan Singh.

“Perdana Menteri dan isteri Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga akan menghadiri santapan tengah hari bersama Maharaja dan Maharani Jepun pada Rabu (7 Nov) di Istana Maharaja,” katanya.

Lawatan kerja kali ini merupakan yang ketiga buat Dr Mahathir sejak beliau kembali memegang jawatan Perdana Menteri pada Mei dengan lawatan pertama pada Jun dan yang kedua pada Ogos.

Menurut Encik Ahmad Izlan, selepas menerima darjah kebesaran itu pada hari kedua lawatan, Perdana Menteri dan delegasi Malaysia juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe di pejabat rakan sejawatannya itu.

“Kedua-dua perdana menteri akan membincangkan mengenai hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun serta isu serantau dan antarabangsa yang membabitkan berkepentingan bersama,” katanya.

Beliau berkata Dr Mahathir juga akan menghadiri persidangan Japan-Malaysia Economic Association (Jameca)-Malaysia-Japan Economic Association (Majeca) kali ke-36 dan Forum Perniagaan Malaysia.

Sebelum itu, pada hari pertama lawatan, Perdana Menteri Dr Mahathir akan menerima ijazah kehormat doktor falsafah dari Tsukuba Universiti Tokyo yang merupakan pengiktirafan institusi pengajian tinggi tersebut atas sumbangan beliau memajukan pertukaran antarabangsa dalam bidang penyelidikan dan pendidikan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan