Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir boleh janji langit & gunung sebab beliau pembangkang - Menteri Pendidikan M'sia

Datuk Seri Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan Malaysia berkata, Dr Mahathir kini berada di pihak pembangkang dan apa yang dijanjikan beliau belum tentu menjadi kenyataan.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir boleh janji langit & gunung sebab beliau pembangkang - Menteri Pendidikan M'sia

Gambar fail Dr Mahathir Mohamad.

Diterbitkan : 08 Feb 2018 10:50PM Dikemas Kini : 08 Feb 2018 10:56PM

KUALA TERENGGANU: Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad hanya berjanji kosong apabila berkata beliau hanya memerlukan dua tahun untuk menyelesaikan masalah yang didakwanya disebabkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Seri Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan Malaysia berkata, Dr Mahathir kini berada di pihak pembangkang dan apa yang dijanjikan beliau belum tentu menjadi kenyataan.

"Tun kini dia pembangkang sama macam Lim Kit Siang (DAP) dan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) (PKR), dia boleh janji langit dan gunung dan macam-macam lagi..dia boleh janji kalau Pakatan menang pilihan raya, GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) akan dihapuskan, tol akan dimansuhkan dan boleh bagi pendidikan percuma.

"Tapi kita kerajaan tidak boleh berjanji sedemikian. Kita boleh berjanji apa yang boleh kita tunaikan sebab kita bercakap mengenai sejumlah besar wang.

"Berapa kutipan cukai, berapa peruntukan untuk pendidikan, kesihatan, ketenteraan. Kalau jadi pembangkang apa pun boleh cakap," katanya ketika mengulas kenyataan pengerusi Pakatan Harapan itu hari ini (8 Feb).

Dalam sesi siaran langsung di Facebooknya semalam (7 feb), Dr Mahathir mendakwa perkara itu boleh dilakukannya dengan pengalaman 22 tahun sebagai perdana menteri.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan