Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir beri amaran PH boleh jadi kerajaan sepenggal

Parti pemerintah boleh menjadi kerajaan sepenggal jika tidak berubah, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir beri amaran PH boleh jadi kerajaan sepenggal

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 20 Jan 2020 01:50PM Dikemas Kini : 20 Jan 2020 01:57PM

KUALA LUMPUR: Parti pemerintah boleh menjadi kerajaan sepenggal jika tidak berubah, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Kita kalah lima pilihan raya kecil dan mereka masih tidak faham,” beliau dipetik berkata kepada pemberita di Langkawi oleh Reuters.

“Saya beritahu mereka, dalam demokrasi kamu perlu sokongan kuat orang ramai.

“Tetapi sebaliknya, mereka bergaduh sesama sendiri dan pecah belahkan rakyat … Mereka tidak akan menang kecuali mereka ubah cara,” katanya.

Warisan, sekutu Pakatan Harapan, kalah dalam pilihan raya kecil Kimanis pada Sabtu lalu, lapor Malaysiakini.

Menurut Malaysiakini lagi, tinjauan juga menunjukkan bahawa populariti gabungan itu merosot dalam kalangan orang awam.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan