Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir bakal temu Presiden Xi Jinping bulan depan

Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai sebuah delegasi ke China bulan depan

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir bakal temu Presiden Xi Jinping bulan depan

Gambar fail Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. (Gambar: Lai Seng Sin/ Reuters)

Diterbitkan : 26 Jul 2018 12:59PM Dikemas Kini : 26 Jul 2018 01:01PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai sebuah delegasi ke China bulan depan untuk bertemu Presiden Xi Jinping, menurut sumber-sumber kerajaan hari ini (26 Jul) dalam satu laporan Malaysiakini.

Ia akan menjadi lawatan sulung Dr Mahathir ke Beijing sejak memegang jawatan itu buat kali kedua dalam kerjayanya.

Menurut laporan Malaysiakini, lawatan kerja rasmi selama lima hari itu akan dijalankan pada pertengahan bulan Ogos. Namun, tarikh lawatan tidak didedahkan.

Dr Mahathir dijangka disertai sekurang-kurangnya tiga menteri kabinet, termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah.

"Perdana Menteri mempunyai jadual yang sangat ketat dari bulan Ogos dan seterusnya, bermula di Beijing. Di sana, Mahathir akan bertemu Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang.

"Beliau juga akan bertemu dengan pengerusi Geely, Li Shufu," kata sumber kepada Malaysiakini.

Geely kini memegang kepentingan sebanyak 49 peratus dalam Proton.

Sementara itu, sumber lain mendedahkan bahawa lawatan oleh Encik Daim Zainuddin ke China merupakan satu kejayaan dalam "membuka jalan" untuk lawatan kerja Perdana Menteri.

"Daim berada di sana bagi lawatan dua hari untuk membuka pintu sebagai wakil pentadbiran Mahathir. Beliau adalah tokoh yang dihormati sebagai bekas menteri kewangan," kata sumber berkenaan.

Malaysiakini difahamkan bahawa Encik Azmin dan Encik Lim mungkin ke China pada minggu pertama bulan Ogos menjelang lawatan Dr Mahathir untuk membincangkan beberapa projek mega Malaysia yang dikendalikan bersama firma China.

Bagaimanapun, seorang jurucakap menteri berkata perkara itu masih belum disahkan.

Sebelum China, Dr Mahathir akan mengadakan lawatan ke Jepun sekali lagi dari 6 sehingga 9 Ogos untuk menghadiri satu siri ceramah "Future Leaders", di Fukuoka. Dr Mahathir dijadual akan bertemu pemimpin perniagaan dan pelajar di sana.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan