Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir angkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-7 M'sia hari ini

Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia di Istana Negara hari ini (10 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir angkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-7 M'sia hari ini
Diterbitkan : 10 May 2018 06:18AM Dikemas Kini : 10 May 2018 07:12AM

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia di Istana Negara hari ini (10 Mei).

Dr Mahathir berkata, pihak Istana sudah menghubungi beliau selepas Pakatan Harapan (PH) memperolehi undi majoriti dalam Pilihan Raya Umum ke-14 Malaysia (PRU14) meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum lagi membuat pengumuman rasmi.

Dr Mahathir, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berkata PH dimaklumkan oleh SPR bahawa ia boleh membentuk sebuah kerajaan selepas memenangi 112 kerusi. Menurut beliau, ini dicapai berdasarkan kiraan undi tidak rasmi parti tersebut.

"Kami berjaya memperolehi undi majoriti dan hari ini, saya akan mengangkat sumpah jawatan di Istana dan PKR akan melantik Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri," kata beliau di sidang media PH.

Wan Azizah menghadiri sidang media bersama-sama dengan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Memberikan penjelasan mengenai kabinet yang bakal dibentuk, Dr Mahathir berkata ia terdiri daripada lelaki, wanita dan belia.

"Kami ada anggota wanita, lelaki dan belia. Buat masa ini, kami hanya setakat memutuskan siapa yang akan menyandang jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri selepas ini (Datuk Seri Anwar Ibrahim)."

"Kami akan berusaha untuk mendapatkan pengampunan bagi Anwar daripada Yang di-pertuan Agong selepas beliau dibebaskan dari penjara pada 8 Jun dan beliau boleh menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri."

"Bagaimanapun menurut proses undang-undang, sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau (Anwar) perlu bertanding dalam pilihan raya untuk menjadi Anggota Parlimen," kata beliau.

Dr Mahathir berkata, beliau masih belum dihubungi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai kekalahan Barisan Nasional dalam PRU14.

"Najib bukan lagi pemimpin negara ini... kami tidak mahu membalas dendam, sebaliknya kami hanya mahu mengembalikan kedaulatan undang-undang negara," kata beliau. 

Sumber : CNA/AI/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan