Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir akan hantar surat kepada Presiden Jokowi sedang isu jerebu rentas sempadan kian marak

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad akan menghantar surat kepada Presiden Indonesia Joko Widodo secepat mungkin berhubung isu jerebu rentas sempadan.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir akan hantar surat kepada Presiden Jokowi sedang isu jerebu rentas sempadan kian marak

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Sep 2019 07:39PM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 07:41PM

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad akan menghantar surat kepada Presiden Indonesia Joko Widodo secepat mungkin berhubung isu jerebu rentas sempadan.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata beliau sudahpun berbincang dengan Dr Mahathir mengenai perkara berkenaan.

“Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri dan beliau bersetuju untuk menulis surat kepada Presiden Jokowi bagi menarik perhatian beliau atas isu jerebu merentasi sempadan ini,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis penutup Hari Inovasi Kejuruteraan-Industri Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor Bahru pada hari ini (12 Sep).

Cik Yeo berkata demikian ketika ditanya mengenai status terkini jerebu rentas sempadan yang turut melibatkan Indonesia.

Sebelum ini, kerajaan juga mengadakan perjumpaan dengan wakil daripada Pejabat Kedutaan Indonesia di Malaysia untuk menjelaskan status terkini jerebu di Johor.

“Kita dapat kerjasama daripada wakil kedutaan dan apa yang Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Dr Siti Nurbaya Bakar katakan itu mungkin dia tidak pergi ke asmc.asean.org yang mana merupakan lama web yang diiktiraf ASEAN di mana data dan apa yang kita gunakan untuk tengok sama ada jerebu lintas sempadan atau tidak,” jelas beliau sebelum menambah bahawa data di laman web berkenaan menunjukkan jerebu dari Indonesia.

Cik Yeo menjelaskan demikian apabila ditanya sama ada kerajaan akan membuat aduan rasmi berhubung dakwaan Siti Nurbaya semalam (11 Sep) mengenai jerebu berpunca dari Malaysia.

Justeru, beliau berharap agar pemerintah Indonesia dapat meningkatkan jentera mereka untuk menangani kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera

“Hari ini, titik panas di Kalimantan meningkat lagi. Semalam, 480 lebih. Hari ini, meningkat kepada 1,188 titik panas. Di Sumatera pula hari ini, 431 titik panas sementara kita ada lima iaitu empat di Sabah dan Sarawak manakala satu di Semenanjung.

“Kita akan sedia memadamkan semua api di Malaysia dan kita juga berharap Indonesia akan bertanggungjawab atas api serta kebakaran di Indonesia,” tambah Cik Teo.

Sementara itu, Cik Yeo berkata operasi pembenihan awan akan diadakan di Sarawak seawalnya hari ini bagi mengatasi jerebu yang melanda negeri tersebut.

“Kerajaan dan agensi-agensi yang terlibat telah bersiap siaga di Sarawak untuk melihat sama ada situasi awan adalah sesuai untuk operasi pembenihan awal. Kalau sesuai, kita akan buat (seawalnya) hari ini,” kata beliau.

Cik Teo berkata pembenihan awan dilakukan di Sarawak ekoran negeri itu dilanda jerebu yang kelihatan agak serius hari ini berbanding semalam berikutan peningkatan titik panas mendadak di Kalimantan pada Khamis.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan