Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

DPM Teo adakan lawatan kerja ke Jakarta jelang Retreat Pemimpin S'pura-Indonesia

"Kami berharap agar ia dapat diteruskan dan apabila kami membincangkannya pada bulan Oktober pula, kami berharap dapat memperkukuhkannya lagi," katanya.

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Teo adakan lawatan kerja ke Jakarta jelang Retreat Pemimpin S'pura-Indonesia

Gambar fail Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.

Diterbitkan : 18 Jul 2018 05:42PM Dikemas Kini : 18 Jul 2018 05:49PM

JAKARTA: Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean tiba di Jakarta pada hari Rabu (18 Jul) untuk mengadakan lawatan kerja selama tiga hari bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dan juga bagi persiapan menjelang Retreat Pemimpin pada hujung tahun ini.

Retreat Pemimpin Singapura-Indonesia dijangka akan diadakan sebelum mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Bali antara 12 Oktober hingga 14 Oktober tahun ini.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia Joko Widodo dijangka mengadakan pertemuan pada 11 Oktober.

"Dalam bidang ekonomi, kami mempunyai banyak projek yang akan diusahakan secara bersama - Taman Perindustrian Kendal, Daerah Digital Nongsa, dan kami juga sudah memperluaskan peluang pelancongan di Indonesia dengan lebih banyak pelancongan persiaran, dan ke lebih banyak destinasi," kata Encik Teo kepada para wartawan selepas bertemu dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla di pejabatnya pada hari Rabu (18 Jul).

"Kami berharap agar ia dapat diteruskan dan apabila kami membincangkannya pada bulan Oktober pula, kami berharap dapat memperkukuhkannya lagi," katanya.

Encik Jusuf berkata bahawa Singapura dan Indonesia mempunyai hubungan yang baik dalam bidang ekonomi, perdagangan, sosial dan pertahanan.

Encik Teo yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara berkata bahawa kedua-dua negara sedang bekerjasama dalam bidang keselamatan dan berharap dapat memperkukuhkan kerjasama dalam sektor pertahanan pada masa akan datang.

Encik Teo dijangka akan bertemu dengan beberapa lagi anggota kanan pemerintah Indonesia termasuk menteri penyelaras bagi ehwal maritim Luhut Pandjaitan, menteri penyelaras bagi ehwal politik, undang-undang dan keselamatan Wiranto, serta menteri perindustrian Airlangga Hartarto semasa lawatan kerja itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan