Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Donald Trump nafi pertimbang mansuhkan cukai terhadap barangan China

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menafikan laporan bahawa beliau sedang menimbangkan langkah-langkah untuk memansuhkan cukai terhadap barangan China yang diimport oleh Amerika.

Anggaran Waktu Membaca:
Donald Trump nafi pertimbang mansuhkan cukai terhadap barangan China

Kontena-kontena di pusat pelabuhan Shanghai. (Gambar fail: Carlos Barria/Reuters)

Diterbitkan : 20 Jan 2019 03:43PM Dikemas Kini : 20 Jan 2019 03:46PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menafikan laporan bahawa beliau sedang menimbangkan langkah-langkah untuk memansuhkan cukai terhadap barangan China yang diimport oleh Amerika.

Namun, Presiden Trump berkata rundingan antara kedua-dua negara itu untuk menghuraikan pertikaian perdagangan kini berjalan dengan amat baik.

Pusingan rundingan perdagangan antara Amerika dengan China yang selanjutnya akan diadakan pada 30 dan 31 Januari semasa lawatan Naib Perdana Menteri China Liu He ke Washington.

Rundingan yang diadakan pada minggu lalu di Beijing melibatkan para pegawai peringkat pertengahan.

Amerika sudah menetapkan Mac ini sebagai tarikh akhir bagi mencapai persetujuan berhubung pertikaian perdagangannya dengan China.

Jika perjanjian gagal dicapai, pentadbiran Trump akan menaikkan cukai terhadap barangan China bernilai AS$200 bilion (S$270 bilion) yang diimport Amerika.

Menurut laporan agensi berita Reuters, Amerika sudah meletakkan syarat bagi menghasilkan perjanjian. Washington mahu pemeriksaan secara kerap dilakukan bagi memastikan China melaksanakan pembaharuan seperti yang dijanjikannya.

Para perunding China bagaimanapun dilaporkan berasa keberatan berhubung pemeriksaan itu.

Sumber : Reuters/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan