Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Doktor wanita dituduh bunuh pesakit Alzheimer dibebaskan

Sebuah mahkamah di The Hague membebaskan seorang doktor wanita warga Belanda daripada tuduhan membunuh seorang pesakit, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Doktor wanita dituduh bunuh pesakit Alzheimer dibebaskan

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 12 Sep 2019 05:40PM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 05:41PM

THE HAGUE: Sebuah mahkamah di The Hague membebaskan seorang doktor wanita warga Belanda daripada tuduhan membunuh seorang pesakit, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam hujahnya, pendakwa raya mahu doktor bersara itu disabitkan tuduhan membunuh selain menuntut penjelasan bagaimana undang-undang eutanasia terpakai bagi pesakit yang menderita demensia.

Keputusan kes itu unik memandangkan ia kali pertama sejak pengenalan akta yang membenarkan proses membunuh diri dengan bantuan doktor atau ubat-ubatan lain - di mana eutanasia dibenarkan dengan syarat tertentu.

Pesakit Alzheimer berusia 74 tahun itu menandatangani borang kebenaran eutanasia tetapi kemudian memberikan isyarat berbeza mengenai hasratnya walaupun berulang kali memaklumkan kepada doktor bahawa beliau tidak sanggup lagi untuk hidup.

Dua doktor bebas kemudian mengesahkan pesakit itu mengalami kesakitan yang tidak dapat ditanggung.

Selepas berunding dengan waris, doktor memutuskan untuk mengakhiri hayat wanita itu tanpa memaklumkan kepadanya kerana pesakit didapati tidak lagi berupaya menjawab.

Pendakwa raya berpendapat tindakan itu merupakan satu pembunuhan kerana doktor sepatutnya perlu berbincang dengan pesakit terlebih dahulu.

Hakim sebaliknya memutuskan doktor berkenaan bertindak secara sah dalam melaksanakan eutanasia.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan