Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Doktor tarik keluar kutu yang sudah bersarang dalam telinga pesakit

Seorang doktor merakam detik-detik yang mengerikan ketika beliau mengeluarkan kutu hidup dari lubang telinga seorang pesakitnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Doktor tarik keluar kutu yang sudah bersarang dalam telinga pesakit

Doktor mengesan sesuatu dalam telinga pesakit. (Petikan gambar dari video YouTube)

Diterbitkan : 20 Oct 2018 10:07PM Dikemas Kini : 20 Oct 2018 10:15PM

KUALA LUMPUR: Seorang doktor merakam detik-detik yang mengerikan ketika beliau mengeluarkan kutu hidup dari lubang telinga seorang pesakitnya.

Pakar bedah telinga, hidung dan tekak Dr Rahmat Omar ketika itu sedang berusaha mencari sebab pesakit berkenaan mengadu sakit di telinganya, lapor Mirror UK.

Doktor berkenaan, 49 tahun, yang berkhidmat di Kuala Lumpur, Malaysia, berkata: "Pesakit mengadu sakit, beliau sangat gembira apabila saya membuangnya.

"Ia pertama kali saya melihat ini dan saya harap saya tidak perlu melakukan ini lagi."

Menurut Mirror UK, doktor bedah itu seolah-olah tidak percaya apabila melihat kutu di dalam telinga pesakitnya. Beliau dengan hati-hati mengeluarkan serangga yang menjijikkan itu dan menariknya keluar secara perlahan.

Beliau menambah: "Ia sangat berbahaya."

Awal tahun ini, Mirror UK melaporkan seorang doktor juga menarik keluar lintah hidup yang sangat besar dari lubang hidung seorang pesakit. Lintah itu hidup dalam hidung pesakit itu selama lebih dua minggu.

Pesakit 51 tahun itu mengalami pendarahan di hidung selama 10 hari tanpa henti, sebelum beliau akhirnya memutuskan untuk bertemu seorang doktor.

Sebaik sahaja lintah itu ditarik keluar dari lubang hidungnya, jelas kelihatan mata pesakit berkenaan terbeliak kerana percaya.

Tidak diketahui bagaimana lintah itu boleh berada di dalam hidung pesakit berkenaan namun beliau mengesyaki perkara itu berlaku ketika beliau sedang berenang dalam sungai.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan