Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Doktor dijatuhi hukuman penjara 40 hingga 175 tahun cabul kehormatan wanita, budak perempuan

Nassar 54 tahun, pernah bertugas di Universiti Michigan State dan USA Gymnastics, yang melatih para atlit Olimpik Amerika.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Jan 2018 08:50PM Dikemas Kini : 25 Jan 2018 10:30PM

AMERIKA SYARIKAT: Seorang hakim di Michigan, Amerika Syarikat menjatuhkan hukuman penjara 40 hingga 175 tahun ke atas seorang doktor sukan kerana mencabuli kehormatan wanita dan budak-budak perempuan.

Malah, hakim Rosemarie Aquilina berkata Larry Nassar tidak layak keluar dari penjara untuk selama-lamanya.

Hukuman tersebut dibacakan hakim selepas perbicaraan tujuh hari melibatkan 150 mangsa dan keluarga mereka termasuk beberapa pemenang Sukan Olimpik.

Nassar 54 tahun, pernah bertugas di Universiti Michigan State dan USA Gymnastics, yang melatih para atlit Olimpik Amerika.

Nassar sebelum ini mengaku bersalah mencabuli kehormatan tujuh individu wanita antara 1998 hingga 2015.

Para mangsa mendakwa mereka dicabuli ketika mendapatkan bantuan bagi pelbagai kecederaan.

Nassar juga dijatuhi hukuman penjara 60 tahun atas kesalahan bahan-bahan lucah melibatkan kanak-kanak.

CEO Jawatankuasa Olimpik Amerika mengumumkan satu siasatan bebas untuk menentukan bagaimana kes penderaan seksual itu boleh berpanjangan tanpa tindakan diambil lebih awal.

Sumber : Agensi berita/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan