Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Doktor diikat pada pokok, isteri dan anak dirogol 20 belia bersenjata

Mujur sepanjang hari, malang sekejap mata. Itulah nasib seorang doktor yang tekad bergadai nyawa untuk menyelamatkan isteri dan anaknya tetapi akhirnya mereka dirogol 20 orang belia selepas beliau diikat pada pokok.

Anggaran Waktu Membaca:
Doktor diikat pada pokok, isteri dan anak dirogol 20 belia bersenjata

Polis di tempat kejadian yang terletak berdekatan kampung Sondiha di Gaya. (Gambar: Times of India)

Diterbitkan : 20 Jun 2018 06:50PM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 11:38PM

BIHAR: Mujur sepanjang hari, malang sekejap mata. Itulah nasib seorang doktor yang tekad bergadai nyawa untuk menyelamatkan isteri dan anaknya tetapi akhirnya mereka dirogol 20 orang belia selepas beliau diikat pada pokok.

Pada masa kejadian, si suami bersama isteri dan anaknya yang berusia 15 tahun sedang dalam perjalanan pulang ke rumah, dengan menaiki motosikal. Beliau baru sahaja menutup kliniknya yang terletak di timur laut Bihar.

Menurut Times of India, keluarga itu ditahan sekumpulan belia ketika mereka melalui satu kawasan sunyi berdekatan kampung Sodiha pada sekitar 8.00 malam.

Ketika para suspek cuba menyerang isteri dan anaknya, beliau cuba melawan mereka. Namun, beliau gagal kerana terlalu ramai yang mengerumuni mereka dan mereka memiliki senjata.

Doktor berkenaan kemudian diikat pada pokok. Pada saat itulah, isteri dan anaknya dirogol.

Polis tempatan memberitahu Times of India bahawa mangsa sudah mengenal pasti dua daripada 20 lelaki yang ditahan. Polis berjaya menangkap kesemua suspek dalam operasi dua hari.

Menurut polis, para penduduk kampung membantu untuk memberkas para suspek dengan memasang sekatan jalan di kawasan berkenaan bagi menghalang mereka daripada melarikan diri, lapor NDTV.

Ketua Polis Negara Nayyer Hasnain Khan berkata bahawa siasatan menunjukkan bahawa sekumpulan belia itu didapati juga pernah mencuri wang tunai dan telefon bimbit daripada para pelajar yang melalui kawasan berkenaan.

Mengulas lebih lanjut tentang insiden berkenaan, Encik Hasnain berkata: "Para mangsa yang melalui Sondiha dengan menunggang sebuah motosikal ditahan belia-belia yang bersenjata."

"Mereka merogol si ibu dan anaknya selepas mengikat bapa mereka pada pokok."

India dibelenggu dengan masalah keganasan seksual, dengan hampir 40,000 kes dilaporkan di merata negara pada 2016.

Para aktivis menyatakan bahawa jumlah kes sebenar dijangka lebih tinggi. Kebanyakan kes tidak dilaporkan kerana stigma terhadap mangsa jenayah seksual.  

Sumber : Agensi berita/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan