Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Disneyland buka pusat vaksinasi COVID-19

Disneyland di California membuka pusat vaksinasi COVID-19 pada Rabu (13 Jan), sekitar 10 bulan selepas pandemik COVID-19 memaksa taman tema itu ditutup.

Anggaran Waktu Membaca:
Disneyland buka pusat vaksinasi COVID-19

Orang ramai yang beratur di tempat meletak kereta Disneyland untuk menerima vaksin. (Gambar: AFP/Valerie Macon)

Diterbitkan : 14 Jan 2021 11:46AM Dikemas Kini : 14 Jan 2021 12:08PM

CALIFORNIA: Disneyland di California membuka pusat vaksinasi COVID-19 pada Rabu (13 Jan), sekitar 10 bulan selepas pandemik COVID-19 memaksa taman tema itu ditutup.

Beberapa ratus pesakit pertama yang cukup bernasib baik untuk mendapatkan janji temu menerusi pendaftaran online, memandu ke tempat letak kereta di resort itu pagi semalam, di mana mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas serta para petugas jagaan kesihatan disuntik dengan vaksin di khemah-khemah putih yang disediakan.

"Hari ini, bagi kebanyakan orang yang disuntik, lokasi ini adalah tempat paling membahagiakan di dunia," kata penyelia Orange County, Lisa Bartlett, sambil merujuk kepada slogan popular Disney.

Wilayah yang berhampiran dengan Los Angeles itu mengumumkan pada Isnin (11 Jan) bahawa Disneyland akan menjadi lokasi pertama "pengeluaran vaksin" dan menerima 10,000 pendaftaran dalam tempoh dua jam pertama hari Selasa (12 Jan).

"Mudah sahaja. Tidak sakit. Tidak rasa apa-apa," kata Gary Dohman, seorang pesakit barah paru-paru selepas menerima suntikan Moderna.

"Saya sudah terperuk di rumah selama 10 bulan. Tidak dapat ke mana-mana. Saya mahu mendapatkan suntikan kedua dan melakukan perjalanan."

Proses vaksinasi California yang agak lembap menerima kritikan meluas, dengan kadar hanya satu per kapita vaksin di Amerika.

Para pegawai pemerintah mengumumkan semalam (13 Jan) bahawa kriteria ketat yang dikenakan sebelum ini akan diperluaskan kepada mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas.

Langkah ini diambil oleh Orange County di mana terletaknya Disneyland.  

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan