Disneyland AS tutup menara pendingin ekoran wabak Legionnaires
Penyakit Legionnaires disebabkan oleh bakteria Legionella dan menimbulkan masalah pernafasan di paru-paru atau pneumonia.
AMERIKA SYARIKAT: Disneyland di Amerika Syarikat, terpaksa menutup dua menara pendinginnya ekoran wabak penyakit Legionnaires yang menyerang 12 orang - sembilan daripadanya pengunjung atau pekerja di taman bertema di Anaheim itu.
Susulan itu, menara pendingin di taman tema tersebut dirawat dengan bahan kimia untuk memusnahkan bakteria.
Menara pendingin itu menyediakan air sejuk untuk pelbagai tujuan di Disneyland dan ia mengeluarkan wap yang mungkin membawa bakteria Legionella
Penyakit Legionnaires disebabkan oleh bakteria Legionella dan menimbulkan masalah pernafasan di paru-paru atau pneumonia.
Ia bagaimanapun tidak menular dari manusia ke manusia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.