Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Disney hentikan 28,000 pekerja di AS dek kesan COVID-19

Syarikat Walt Disney mengumumkan akan memberhentikan kira-kira 28,000 pekerja disebabkan kesan sekatan COVID-19 terhadap perniagaan taman tema dan resort syarikat itu, Pengerusi Taman Tema Disney, Josh D’Amaro berkata dalam satu kenyataan, lapor agensi berita Sputnik.

Anggaran Waktu Membaca:
Disney hentikan 28,000 pekerja di AS dek kesan COVID-19

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 Sep 2020 09:08PM Dikemas Kini : 30 Sep 2020 09:11PM

MOSCOW: Syarikat Walt Disney mengumumkan akan memberhentikan kira-kira 28,000 pekerja disebabkan kesan sekatan COVID-19 terhadap perniagaan taman tema dan resort syarikat itu, Pengerusi Taman Tema Disney, Josh D’Amaro berkata dalam satu kenyataan, lapor agensi berita Sputnik.

"Kami telah membuat keputusan yang sangat sukar untuk memulakan proses mengurangkan tenaga kerja kami di segmen Taman Tema, Pengalaman dan Produk kami di semua peringkat, setelah mengekalkan para pelakon yang tidak bekerja sejak April, sambil membayar faedah kesihatan.

"Kira-kira 28,000 pekerja tempatan akan terjejas, 67 peratus daripadanya adalah pekerja sambilan. Kami bercakap dengan pekerja yang terjejas dan juga kesatuan sekerja mengenai langkah-langkah seterusnya untuk para aktor yang diwakili kesatuan," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut keputusan itu dibuat, antara lain, kerana keengganan pihak berkuasa California untuk menarik sekatan COVID-19 yang akan membolehkan Disneyland dibuka semula.

Pada awal Ogos, syarikat itu mendedahkan ia kerugian AS$4.7 bilion (S$6.4 bilion) pada suku ketiga tahun kewangan disebabkan kesan pandemik.

Sumber : Bernama/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan