Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Diplomat Qatar saran benarkan punduduk Gaza bekerja di Israel untuk tenangkan sempadan

Al-Emadi berkata bahawa sekiranya Israel membenarkan para pekerja dari Gaza yang ramai penduduknya hidup miskin untuk masuk, bantahan di sempadan dan serangan layang-layang akan berhenti.

Anggaran Waktu Membaca:
Diplomat Qatar saran benarkan punduduk Gaza bekerja di Israel untuk tenangkan sempadan

Utusan khas Qatar, Mohammed Al-Emadi. (Gambar: REUTERS/Ronen Zvulun)

Diterbitkan : 09 Jul 2018 10:28AM Dikemas Kini : 09 Jul 2018 10:33AM

BAITULMAKDIS: Seorang diplomat Qatar yang bekerja di belakang tabir untuk meredakan ketegangan di sempadan Israel-Gaza menyarankan bahawa warga Palestin akan menghentikan bantahan dan berhenti menerbangkan layang-layang api melepasi sempadan, sekiranya Israel membenarkan 5,000 warga Gaza untuk memasuki Israel atas permit pekerjaan.

Utusan khas Qatar, Mohammed Al-Emadi, menyuarakan idea tersebut semasa wawancara dengan penyiar awam Israel Kane pada Ahad (8 Jul).

Pegawai-pegawai Israel dan Hamas tidak memberikan sebarang komen kepada saranan diplomat Qatar itu.

Selama berminggu-minggu warga Palestin melepaskan belon dan layang-layang api sekaligus mencetuskan kebakaran pada ribuan ekar tanah dan hutan di selatan Israel.

Sekurang-kurangnya 136 warga Palestin dibunuh oleh tentera Israel semasa satu tunjuk perasaan besar-besaran di sempadan Gaza sejak 30 Mac lalu dan warga Gaza yang menerbangkan layang-layang tersebut percaya mereka menemui senjata baru yang berkesan.

Gaza dikawal oleh kumpulan militan Hamas. Israel yang menyuarakan kebimbangan tentang keselamatan, menyekat pergerakan barangan dan orang-orang di kawasan sempadan.

Al-Emadi berkata bahawa sekiranya Israel membenarkan para pekerja dari Gaza yang ramai penduduknya hidup miskin untuk masuk, bantahan di sempadan dan serangan layang-layang akan berhenti.

Al-Emadi, yang mengatakan beliau menjadi perantara kedua-dua pihak apabila keadaan menjadi tegang menambah bahawa tiada kemajuan besar dibuat dalam usaha untuk membebaskan warga Israel yang hilang atau ditahan di Gaza.

Israel menuntut pengembalian dua orang awam warga Israel yang dikatakan menyeberangi Gaza dan ditahan oleh Hamas, serta mayat dua tentera yang terbunuh dalam peperangan pada tahun 2014. Hamas menyatakan bahawa pihaknya menahan mereka tetapi tidak memberikan sebarang butiran lanjut.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan