Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Diplomasi ping-pong antara Seoul dengan Pyongyang

Para pemain sukan tenis meja dari Korea Utara dan Korea Selatan berentap di sebuah pertandingan antarabangsa 

Anggaran Waktu Membaca:
Diplomasi ping-pong antara Seoul dengan Pyongyang

Para askar Korea Utara di Panmunjom. (Gambar: Korea Summit Press Pool/AFP)

Diterbitkan : 20 Jul 2018 12:05AM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 12:07AM

DAEJEON: Para pemain sukan tenis meja dari Korea Utara dan Korea Selatan berentap di sebuah pertandingan antarabangsa pada Selasa (17 Jul) dalam usaha terbaru diplomasi kesukanan dua negara.

Tenis meja sudah lama mempunyai kesan luarbiasa dalam ehwal luar negara, terutamanya dalam “diplomasi ping-pong” tahun-tahun 1970an, antara China dengan Amerika Syarikat.

Sukan juga berperanan penting dalam memulihkan ketegangan di semenanjung Korea baru-baru ini yang turut dirangsang oleh Sukan Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan.

Kini, selepas sidang puncak bersejarah antara pemimpin Pyongyang Kim Jong-un dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada bulan lalu di Singapura, seramai 16 pemain Korea Utara menyertai pertandingan ITTF Terbuka Korea, di Daejeon.

“Tenis meja mempunyai sejarah panjang sebagai pemacu keamanan dan kami gembira untuk membuka lembaran baru diplomasi tenis meja bagi mempromosi keamanan di semenanjung Korea,” kata ketua Persatuan Tenis Meja Antarabangsa, Thomas Weikert.

Sumber : AFP/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan