Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Dipaksa' baring atas pengusung jenazah lepas pecah kereta

Seorang lelaki 'dipaksa' baring di atas pengusung jenazah selepas ditangkap ketika cuba melarikan diri setelah memecahkan cermin sebuah kereta dalam insiden yang berlaku di Masjid Al-Hidayah di Shah Alam, Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
'Dipaksa' baring atas pengusung jenazah lepas pecah kereta

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 10 Nov 2018 06:18PM Dikemas Kini : 10 Nov 2018 06:20PM

SHAH ALAM: Seorang lelaki 'dipaksa' baring di atas pengusung jenazah selepas ditangkap ketika cuba melarikan diri setelah memecahkan cermin sebuah kereta dalam insiden yang berlaku di Masjid Al-Hidayah di Shah Alam, Malaysia.

Lelaki berkenaan dipercayai melakukan jenayah itu ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut semalam (9 Nov), lapor Sinar Harian.

Menurut catatan yang dimuatnaikkan ke laman Night Watch Squad Sek18, kejadian di pekarangan masjid itu dikatakan sudah berlaku sejak dua bulan lalu.

"Setelah dua bulan banyak kejadian pecah kereta jemaah Masjid Hidayah Seksyen 18... maka hari ini tertangkapnya penjenayah ini ketika jemaah sedang solat Jumaat dan beliau sempat memecahkan cermin sebiji kereta jemaah.

"Terima kasih kepada ahli jawatankuasa Masjid Hidayah kerana memberi kepercayaan kepada NWS demi membanteras kes pecah kereta ini, dan terima kasih kepada semua team serta penduduk Seskyen 18 yang memberi kerjasama demi menjaga keharmoniaan Masjid Hidayah Seksyen 18.

"Kepada penjenayah yang cuba membuat masalah dalam Seksyen 18, anda bersiap sedia lah... Ini Wilayah kami,” menurut catatan itu, seperti yang dipetik Sinar Harian.

Satu rakaman video yang menular di media sosial menunjukkan orang ramai mengelilingi lelaki berkenaan, yang dilihat terbaring di dalam keranda jenazah.

Video itu turut menerima perhatian para netizen, yang berharap agar si suspek insaf menyusuli insden tersebut.

"Biar rasa insaf sikit, kalau la mati tengah buat jahat," tulis seorang netizen, seperti yang dipetik oleh Sinar Harian.

Seorang lagi netizen pula berharap agar si suspek akan berubah dengan mengatakan: “Semoga dibukakan pintu hatinya."

Para jemaah dilaporkan berjaya menangkap lelaki berusia 36 tahun itu ketika dia cuba melarikan diri selepas memecahkan cermin bahagian tepi kereta Perodua Axia.

Kosmo! Online menukil Ketua Polis Daerah Shah Alam, Penolong Pesuruhjaya Baharudin Mat Taib, sebagai berkata berkata perubatan suspek itu disedari oleh seorang lelaki yang sedang menjalankan rondaan di sekitar pekarangan masjid berkenaan.

"Lelaki terbabit menyedari suspek berada di sebelah sebuah kereta Perodua Axia dan telah memecahkan cermin bahagian tepi kenderaan berkenaan sebelum bertindak menghubungi ahli kariah yang lain.

"Lelaki berkenaan turut memaklumkan tangannya berkemungkinan mengalami patah atau retak ekoran terkena bumper kereta semasa menangkap suspek berkenaan," katanya.

Encik Baharuddin juga berkata, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan