Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dilahirkan dalam kereta api, bayi tidak perlu bayar tambang hingga berusia 25 tahun

Tuah badan, seorang bayi yang dilahirkan dalam kereta api akan dapat menikmati khidmat pengangkutan itu secara percuma sehingga usianya mencecah 25 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Dilahirkan dalam kereta api, bayi tidak perlu bayar tambang hingga berusia 25 tahun

(Gambar fail: Adrien Morlent/ AFP)

Diterbitkan : 20 Jun 2018 08:47PM Dikemas Kini : 24 Jun 2018 12:08AM

PERANCIS: Tuah badan, seorang bayi yang dilahirkan dalam kereta api akan dapat menikmati khidmat pengangkutan itu secara percuma sehingga usianya mencecah 25 tahun.

Itulah 'buah tangan' rangkaian pengangkutan awam ibu kota Perancis itu kepada wanita yang melahirkan anaknya dalam kereta api.

Menurut NDTV, wanita berkenaan tiba-tiba sakit nak bersalin semasa dalam kereta api. Ini membuat kereta api itu berhenti dan tidak bergerak dari stesen Auber di tengah Paris. 15 kakitangan dikerahkan untuk membantu wanita itu, termasuk pasukan kecemasan, pegawai polis dan kakitangan kereta api.

Kereta api yang beroperasi di kedua-dua arah dihentikan, khususnya di kawasan yang sesak, selama 45 minit, akibat insiden yang tidak "dijangkakan" itu, menurut pengendali pengangkutan RATP.

Para penumpang juga dipindahkan, kata seorang jurucakap kepada NDTV.

"Setahu kami, wanita dan bayi itu dalam keadaan baik-baik sahaja," tambah beliau.

"RATP mengucapkan tahniah kepada wanita itu dan merancang untuk menawarkan anaknya perjalanan percuma di rangkaian ini sehingga beliau berusia 25 tahun."

Yang pasti, insiden ini mencetuskan kekacauan buat seketika.

Dalam satu kiriman tweet Ketua Pengangkutan Daerah Paris Valeri Pecresse, beliau mengucapkan tahniah kepada wanita berkenaan, lapor NDTV. Beliau bagaimanapun menambah: "Saya juga memahami para penumpang lain."  

Sumber : Agensi berita/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan