Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Didakwa mencuri dan buang sampah sembarangan, keluarga Britain yang melancong di NZ diusir

Sebuah keluarga Britain yang sedang melancong diberikan notis agar pulang ke negara asal mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jan 2019 07:04PM Dikemas Kini : 17 Jan 2019 09:59PM

AUCKLAND, NEW ZEALAND: Sebuah keluarga Britain yang sedang melancong diberikan notis agar pulang ke negara asal mereka.

Selain mencuri dan membuang sampah sembarangan, mereka juga mengelakkan daripada membayar makanan yang dipesan.

Semalam (16 Jan), seorang wanita dari keluarga tersebut, mengaku bersalah mencuri minuman, kaca mata dan tali dari sebuah stesen minyak.

Keluarga yang sama juga dilaporkan membiarkan sampah sarap di sebuah pantai di Auckland dan kemudian membuat ancaman ketika diminta membersihkan sampah tersebut.

Keluarga tersebut juga dilaporkan keluar dari beberapa buah kafe dan restoran, tanpa membayar bil jamuan mereka.

Mereka kini diberikan masa 14 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap notis supaya mereka pulang ke Britain.

Tetapi salah seorang anggota keluarga itu memberitahu para wartawan, mereka akan memendekkan lawatan ke New Zealand kerana berasa kedatangan mereka tidak dialu-alukan.  

Sumber : AFP/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan