Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Di tengah-tengah skandal Facebook, Mark Zuckerberg berdiam diri

Kini, ramai pengguna Facebook mula mempersoalkan kebolehpercayaan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg berikutan skandal penyalahgunaan maklumat peribadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Di tengah-tengah skandal Facebook, Mark Zuckerberg berdiam diri

(Gambar hiasan: Dado Ruvic/ Reuters)

Diterbitkan : 23 Mar 2018 09:11AM Dikemas Kini : 23 Mar 2018 09:18AM

CALIFORNIA, AMERIKA SYARIKAT: Kini, ramai pengguna Facebook mula mempersoalkan kebolehpercayaan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg berikutan skandal penyalahgunaan maklumat peribadi oleh sebuah firma analisis data, Cambridge Analytica, menurut laporan portal Wired.

Skandal pencerobohan data peribadi yang berlaku lima hari lalu oleh Cambridge Analytica dilaporkan krisis terbesar dalam sejarah Facebook.

Begitupun, Zuckerberg dikatakan memilih untuk berdiam diri sepanjang lima hari berlakunya krisis tersebut.

"Jika syarikat lain menghadapi krisis yang serupa, mereka akan berusaha menangani dengan menggunakan kaedah pengurusan krisis. Misalnya, Ketua Pegawai Eksekutif akan membuat kenyataan segera dan jika krisis tersebut amat teruk, seseorang akan diarah untuk meletak jawatan atau dipecat dan krisis tersebut akan kembali seperti biasa dan mampu mengembalikan kebertanggungjawaban sesebuah syarikat,” menurut portal Wired. 

Namun, Wired menyatakan bahawa senario ini berbeza dengan syarikat gergasi tersebut. CEO Facebook sebaliknya memilih untuk berdiam diri sepanjang krisis berlaku sejak beberapa hari lalu.

Oleh itu, kepercayaan Zuckerberg kini dipersoalkan oleh orang ramai khususnya pengguna Facebook.

Selain itu, portal tersebut turut melaporkan Zuckerberg tidak hadir ketika mesyuarat kakitangan pada hari Selasa lalu (20 Mac) bagi membincangkan serta menyelesaikan krisis tersebut.

"Sungguhpun Mark Zuckerberg sudah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu penyalahgunaan data peribadi melalui post di akaun Facebook miliknya pada hari ini, ia sudah terlambat dan orang ramai inginkan kebenaran," demikian menurut Wired lagi.

Syarikat itu didakwa diberikan akses profil Facebook untuk mendapatkan maklumat mengenai pengundi sewaktu Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan