Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dewan Rakyat buat keputusan pindaan turun had usia mengundi hari ini

Persidangan Dewan Rakyat hari ini (16 Jul) akan menjadi tumpuan seluruh negara apabila ia bakal membuat keputusan berhubung pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan warga berusia 18 tahun mengundi dalam pilihan raya.

Anggaran Waktu Membaca:
Dewan Rakyat buat keputusan pindaan turun had usia mengundi hari ini

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 16 Jul 2019 09:16AM Dikemas Kini : 16 Jul 2019 09:20AM

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini (16 Jul) akan menjadi tumpuan seluruh negara apabila ia bakal membuat keputusan berhubung pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan warga berusia 18 tahun mengundi dalam pilihan raya.

Mengikut Aturan Urusan Mesyuarat, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 dijangka dibentangkan bagi bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selepas selesai sesi soal jawab lisan sebelum dibuka untuk dibahas oleh ahli Parlimen.

Dr Mahathir sebelum ini melahirkan keyakinannya bahawa pindaan perlembagaan itu bakal mendapat sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat, dengan blok pembangkang sudah menyatakan komitmen untuk menyokong pindaan berkenaan.

Selain menurunkan usia rakyat yang layak mengundi dari 21 kepada 18 tahun, pindaan itu turut mencadangkan penurunan usia rakyat yang layak menjadi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri kepada 18 tahun, serta mereka didaftarkan secara automatik sebagai pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Ini merupakan kali kedua kerajaan Pakatan Harapan cuba meminda Perlembagaan Persekutuan selepas usaha mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963 pada 9 April lepas. Bagaimanapun, ia tidak mendapat sokongan dua pertiga majoriti undi di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Encik Liew Vui Keong dalam temu bual bersama Bernama berkata pindaan itu akan mengubah landskap politik negara sekiranya ia diluluskan.

"Ini merupakan satu langkah yang signifikan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk memperkasa belia dan mengiktiraf golongan itu dengan memberikan mereka hak untuk menjadi pemilih," katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan