Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dewan Perwakilan AS undi untuk paksa firma isytihar produk Xinjiang

Dewan Perwakilan AS mengundi pada Rabu (30 Sep) untuk memaksa syarikat-syarikat mengisytiharkan produk-produk yang berasal dari wilayah Xinjiang, China, dalam usaha terbaru untuk menghentikan apa yang disifatkan oleh para penggubal dasar sebagai buruh paksa yang meluas di kawasan bergolak itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Dewan Perwakilan AS undi untuk paksa firma isytihar produk Xinjiang

Gambar fail kemudahan di Xinjiang, China yang dikawal rapi (Gambar: GREG BAKER/AFP)

Diterbitkan : 01 Oct 2020 09:33AM Dikemas Kini : 01 Oct 2020 09:38AM

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat mengundi pada Rabu (30 Sep) untuk memaksa syarikat-syarikat mengisytiharkan produk-produk yang berasal dari wilayah Xinjiang, China, dalam usaha terbaru untuk menghentikan apa yang disifatkan oleh para penggubal dasar sebagai buruh paksa yang meluas di kawasan bergolak itu.

Rang undang-undang itu menyusuli akta lebih meluas yang diluluskan seminggu sebelumnya yang bertujuan melarang import dari Xinjiang, atas dakwaan bahawa penderaan kaum Uighur adalah sangat meluas sehingga semua barangan dari kawasan itu patut dianggap dibuat dengan buruh paksa.

"Eksploitasi dan perhambaan masyarakat Uighur mesti dihentikan. Warga Amerika tidak mahu membeli barangan dibuat dengan buruh paksa," kata Wakil Jennifer Wexton, seorang anggota Democrat yang menerajui usaha terbaru itu.

Di bawah undang-undang itu semua syarikat awam perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa sama ada mereka terlibat dalam Xinjiang, sumber utama benang dalam industri tekstil sejagat.

Tidak seperti akta lebih meluas, yang diluluskan hampir sebulat suara minggu lalu, Akta Pengisytiharan Buruh Paksa Uighur ditolak kebanyakan anggota Republican namun lulus dengan undian 253-163 di Dewan yang dikuasai oleh Democrat.

Pelaksanaan rang undang-undang itu belum tentu kerana ia perlu diluluskan oleh Dewan Senat, yang dikuasai Republikan dan kini tertumpu kepada perbincangan mengenai pencalonan Mahkamah Agung dan bantuan COVID-19 sebulan sebelum pilihan raya.

Institut Dasar Strategik Australia dalam satu laporan baru-baru ini menyatakan pihaknya mengenal pasti lebih 380 pusat penahanan dipercayai tempat lebih sejuta penduduk Uighur dan warga berbahasa Turkic lain, kebanyakannya Muslim ditahan.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan