Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dewan Perwakilan AS undi dakwa Presiden Donald Trump

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bakal didakwa menyusuli satu pengundian bersejarah di Dewan Perwakilan pada Rabu (18 Dis). Ini dijangka membuka laluan kepada perbicaraan di Senat untuk menyingkirkannya selepas tiga tahun yang penuh pergolakan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Dewan Perwakilan AS undi dakwa Presiden Donald Trump

Presiden Donald Trump. (Gambar: Leah Millis/REUTERS)

Diterbitkan : 19 Dec 2019 12:20PM Dikemas Kini : 19 Dec 2019 12:21PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bakal didakwa menyusuli satu pengundian bersejarah di Dewan Perwakilan pada Rabu (18 Dis). Ini dijangka membuka laluan kepada perbicaraan di Senat untuk menyingkirkannya selepas tiga tahun yang penuh pergolakan.

Dengan 230 undi menyokong berbanding 197 yang membantah di Dewan Perwakilan yang dikuasai oleh Parti Democrat, presiden Amerika ke-45 itu menjadi penjawat ketiga Rumah Putih untuk didakwa dalam sejarah negara itu.

Menurut Parti Democrat, ia "tiada pilihan lain" kecuali mendakwa Presiden Trumpi dan pendakwaan ini pasti akan menjejas rekodnya, yang dikhuatiri akan memecahbelahkan landskap politik Amerika Syarikat.

"Apa yang menjadi risiko di sini adalah idea Amerika," kata Adam Schiff, penggubal undang-undang yang mengetuasi siasatan pendakwaan menjelang pengundian tersebut.

Trump akan dibicarakan di Senat di mana parti Republican memegang kuasa majoriti dan dijangka akan melepaskannya daripada dakwaan itu.

Undian Dewan Perwakilan dibuat empat bulan selepas seorang pemberi maklumat membongkar skandal Trump yang memberi tekanan kepada Presiden Ukraine untuk menyiasat pesaing politiknya pada 2020, iaitu ahli Democrat dan mantan Naib Presiden Joe Biden.

Selepas perbahasan 10 jam tanpa henti, para penggubal undang-undang mengundi dengan pantas 229-198 untuk meluluskan artikel kedua pendakwaan yang dihadapi Trump - yang dituduh menghalang siasatan kongres dalam urusannya dengan Ukraine dan menyekat para pegawai Rumah Putih daripada memberikan keterangan.
 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan