Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dewan Perwakilan AS serahkan artikel dakwaan Trump ke Senat, memulakan proses perbicaraan

Para anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari parti Democrat menyerahkan secara formal artikel pendakwaan Donald Trump kepada Dewan Senat pada Isnin (25 Jan), menjadikan beliau bekas Presiden pertama negara itu untuk dibicarakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Dewan Perwakilan AS serahkan artikel dakwaan Trump ke Senat, memulakan proses perbicaraan

Donald Trump (Gambar fail: AP/Gerald Herbert)

Diterbitkan : 26 Jan 2021 05:58PM Dikemas Kini : 26 Jan 2021 06:02PM

WASHINGTON: Para anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari parti Democrat menyerahkan secara formal artikel pendakwaan Donald Trump kepada Dewan Senat pada Isnin (25 Jan), menjadikan beliau bekas Presiden pertama negara itu untuk dibicarakan.

Artikel itu menuduh beliau menghasut pemberontakan di bangunan Kongres tiga minggu lalu.

Lima orang mati dalam keganasan para penyokong Encik Trump itu.

Bagaimanapun besar kemungkinan Dewan Senat memutuskan Encik Trump tidak bersalah.

Sokongan dua pertiga anggota Senat diperlukan untuk memutuskan Encik Trump bersalah.

Ini bermakna sekurang-kurangnya 17 anggota Senat dari parti Republican perlu menyokong artikel itu.

Perbicaraannya akan bermula pada Februari.

Encik Trump adalah bekas Presiden Amerika yang pertama dibicarakan dalam Dewan Senat.

Beliau juga adalah Presiden Amerika yang pertama dikenakan pendakwaan dua kali.

Sekiranya kali ini beliau didapati bersalah, Encik Trump tidak boleh bertanding lagi dalam pilihan raya akan datang.

Beliau juga akan kehilangan pelbagai faedah yang diberikan negara sebagai seorang bekas presiden.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan