Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dewan Kongres AS luluskan rang undang-undang pembiayaan dan keselamatan sempadan

Satu lagi kelumpuhan pada sebahagian operasi pemerintah federal Amerika Syarikat mungkin dapat dielakkan selepas dewan Kongres meluluskan rang undang-undang pembiayaan dan keselamatan sempadan yang mencetuskan masalah di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Dewan Kongres AS luluskan rang undang-undang pembiayaan dan keselamatan sempadan

Tempok dipasang di sebahagian kawasan sempadan Amerika-Mexico berdekatan San Diego. (Gambar: Guillermo Arias/AFP)

Diterbitkan : 15 Feb 2019 06:21PM Dikemas Kini : 15 Feb 2019 06:24PM

WASHINGTON: Satu lagi kelumpuhan pada sebahagian operasi pemerintah federal Amerika Syarikat mungkin dapat dielakkan selepas dewan Kongres meluluskan rang undang-undang pembiayaan dan keselamatan sempadan yang mencetuskan masalah di negara itu.

Namun, rang tersebut hanya memperuntukan sekitar AS$1.38 bilion (S$1.87 bilion) bagi membiayai pembinaan tembok atau pagar di sempadan dengan Mexico. Jumlah itu jauh lebih rendah daripada AS$5.7 bilion (S$7.74 bilion) yang diminta Presiden Donald Trump.

Bagaimanapun Rumah Putih menyatakan Presiden Trump akan menandatangani rang tersebut. Beliau juga akan mengisytiharkan satu keadaan darurat nasional untuk mendapatkan dana yang dimintanya bagi tembok sempadan itu.

Jika beliau berbuat demikian, para anggota Kongres dari parti Democrat menegaskan akan mencabarnya di mahkamah. 

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan