Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dewan Kongres AS akan bersidang untuk sahkan keputusan Pilihan Raya Presiden

Dewan Kongres Amerika akan bersidang dini hari nanti (6 Jan) waktu Singapura untuk mengesahkan keputusan Pilihan Raya Presiden yang dimenangi calon Democrat, Joe Biden.

Anggaran Waktu Membaca:
Dewan Kongres AS akan bersidang untuk sahkan keputusan Pilihan Raya Presiden

(Gambar: Getty Images)

Diterbitkan : 06 Jan 2021 04:29PM Dikemas Kini : 06 Jan 2021 04:32PM

WASHINGTON: Dewan Kongres Amerika akan bersidang dini hari nanti (6 Jan) waktu Singapura untuk mengesahkan keputusan Pilihan Raya Presiden yang dimenangi calon Democrat, Joe Biden.

Sidang kedua-dua dewan itu akan dipengerusikan Naib Presiden, Mike Pence.

Para penasihatnya berkata Encik Pence tidak akan campur tangan dalam proses Kongres mengesahkan kemenangan Encik Biden.

Sehingga semalam (5 Jan), Presiden Donald Trump mendesak Encik Pence agar menghalang proses pengesahan oleh Dewan Kongres itu dalam usaha lanjut beliau untuk terus berkuasa.

Dalam pilihan raya 3 November lalu, Encik Biden menang dengan memperolehi 306 undi badan perwakilan pemilih berbanding 232 yang diraih Presiden Trump.

Encik Biden juga mengatasi Presiden Trump dengan lebih 7 juta undi popular.

Namun Presiden Trump masih enggan mengaku kalah dan mendakwa, tanpa bukti, berlaku penipuan undi.

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan