Images
  • capitol
    (Gambar: Bernama)

Dewan AS luluskan usul singkir Trump

WASHINGTON: Dewan Perwakilan yang dikuasai Demokrat meluluskan satu ketetapan mendesak Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence supaya menggunakan seksyen empat Perkara 25 Perlembagaan, untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump kerana pembabitannya dalam rusuhan di bangunan Capitol.

Ini meskipun naib presiden itu sudahpun memberi amaran bahawa langkah itu akan menjadi duluan terburuk, lapor Agensi Berita Sputnik.

Dewan Senat pada Selasa meluluskan usul itu dengan 220 berbalas 205 undi. Resolusi itu meminta Encik Pence memangku jawatan presiden selepas Encik Trump didapati "gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya."

Encik Pence, dalam sepucuk surat kepada Speaker Dewan Nancy Pelosi menjelang undian itu, menyatakan langkah itu akan menjadi duluan terburuk dan boleh memecah-belahkan negara. Susulan itu, Dewan pada Rabu memutuskan meneruskan usul mendakwa. 

- BERNAMA/NA/na

Top