Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Detektif polis korban tembakan pasukan sendiri

Seorang detektif terbunuh gara-gara terkena tembakan yang dilepaskan sendiri oleh polis dalam insiden rompakan bersenjata di New York.

Anggaran Waktu Membaca:
Detektif polis korban tembakan pasukan sendiri

Polis berdekatan sebuah kedai di daerah Queens. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 13 Feb 2019 06:41PM Dikemas Kini : 13 Feb 2019 06:47PM

NEW YORK: Seorang detektif terbunuh gara-gara terkena tembakan yang dilepaskan sendiri oleh polis dalam insiden rompakan bersenjata di New York.

Polis tempatan menyatakan kejadian itu berlaku semasa Detektif Brian Simonsen dikerahkan ke sebuah kedai di daerah Queens setelah menerima aduan mengenai kejadian rompakan bersenjata di sana.

Detektif Simonsen berusia 42 tahun dan sudah berkhidmat sebagai seorang anggota polis selama 19 tahun.

Rakan setugasnya juga terkena tembakan di kaki. Namun beliau dilaporkan dalam keadaan stabil.

Polis mengesahkan bahawa suspek dalam insiden tersebut ditembak beberapa kali. Keadaannya juga dilaporkan stabil. Sepucuk senjata api tiruan ditemui di tempat kejadian. 

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan