Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Desakan minta Dr Mahathir letak jawatan adalah dangkal, kata pemimpin DAP Johor

Desakan mantan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), Dr Boo Cheng Hau, supaya Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dianggap sebagai dangkal dan tidak mewakili pandangan parti DAP.

Anggaran Waktu Membaca:
Desakan minta Dr Mahathir letak jawatan adalah dangkal, kata pemimpin DAP Johor

(Gambar fail: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 20 Feb 2019 09:04AM Dikemas Kini : 20 Feb 2019 09:10AM

JOHOR BAHRU: Desakan mantan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), Dr Boo Cheng Hau, supaya Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dianggap sebagai dangkal dan tidak mewakili pandangan parti DAP.

Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali, berkata kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan, terutamanya dari tokoh lama dalam politik.

“Saya menyifatkan bahawa desakan oleh beliau agar Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia untuk meletakkan jawatan atas hujah gagal menunaikan manifesto Pakatan Harapan sebagai dangkal dan tidak mewakili pandangan parti DAP.

“Kenyataan dangkal ini tidak menggambarkan muafakat Pakatan Harapan dalam konteks untuk memajukan Negara malah membawa Malaysia baharu keluar dari krisis masalah yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Selasa (19 Feb).

Enick Sheikh Umar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi Dan Ekonomi Kreatif negeri itu, juga berpandangan bahawa mantan ADUN Skudai itu sepatutnya menawarkan khidmat atau pandangan yang lebih proaktif untuk bersama-sama membantu mengukuhkan kerajaan dan juga menghuraikan kerumitan yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu. 

“Kepakaran dan pengalaman beliau seharusnya boleh ditawarkan dengan jalan yang lebih bijak, sebaliknya bukan dengan jalan dan pandangan yang semberono begini,” kata Encik Sheikh Umar, yang juga ADUN Paloh.

Dalam satu kenyataan berasingan, Jawatankuasa Eksekutif Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pusat Mohd Fahim Mohd Farid pula mendesak Dr Boo supaya menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada semua Kepimpinan Pakatan Harapan. 

Menurut beliau, tindakan segelintir individu seperti Dr Boo dikhuatiri boleh menjadi titik permulaan memecah-belahkan Parti Kompenan Pakatan Harapan, memandangkan beliau juga mempunyai rekod lampau yang boleh menjejaskan permuafakatan Pakatan Harapan.

Pada Isnin (18 Feb), Dr Boo dilaporkan sebagai berkata mana-mana pemimpin politik terutamanya anggota Bersatu yang membelakangkan janji-janji Pakatan Harapan (PH), termasuk Dr Mahathir dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, digesa untuk melepaskan jawatan masing-masing. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan