Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Denda, penjara jika cabul peraturan kekang penularan COVID-19 di Saudi

Sebarang pencabulan kepada peraturan yang dikuatkuasakan pihak berkuasa bagi mengekang penularan COVID-19 di Arab Saudi boleh dikenakan hukuman denda sehingga 100,000 Riyal Saudi (S$38,300) dan penjara lima tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Denda, penjara jika cabul peraturan kekang penularan COVID-19 di Saudi

Riyadh ibu kota Arab Saudi sedang dikenakan perintah berkurung (Gambar: AFP/Fayez Nureldine)

Diterbitkan : 04 Apr 2020 05:19PM Dikemas Kini : 04 Apr 2020 05:21PM

RIYADH: Sebarang pencabulan kepada peraturan yang dikuatkuasakan pihak berkuasa bagi mengekang penularan COVID-19 di Arab Saudi boleh dikenakan hukuman denda sehingga 100,000 Riyal Saudi (S$38,300) dan penjara lima tahun.

Ini termasuk kesalahan menjangkiti orang lain dengan virus tersebut.

Pihak berkuasa Saudi sementara itu menguatkuasakan perintah berkurung ke atas bandar-bandar Qatif, Taif dan Dammam mulai 3.00 petang pada Jumaat (3 Apr) sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak.

Semalam, lagi 154 kes baru dicatatkan di Saudi dengan 34 kes dikesan di Madinah, 21 di Makkah,13 di Riyadh, 30 di Jeddah, enam di Qatif, dan 17 di Tabuk.

Ini membawa jumlah kes COVID-19 di Saudi kepada 2,039 kes dengan 25 kematian dicatatkan sejauh ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Saudi, lebih ramai mereka yang melampaui pas lawatan ke negara itu tampil untuk menjalani ujian COVID-19 selepas Raja Salman menawarkan rawatan percuma kepada semua pesakit.

Khamis lalu, perintah berkurung 24 jam juga dikuatkuasakan ke atas bandar-bandar Makkah dan Madinah selepas jumlah besar kes COVID-19 dikesan di kedua-dua bandar itu.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Agensi berita/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan