Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Denda hingga RM1 juta jika cuba elak levi berlepas dari M'sia

Sesiapa yang cuba mengelak atau membantu orang lain menghindari bayaran levi yang baru diperkenalkan terhadap para penumpang yang melakukan penerbangan keluar dari Malaysia boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta

Anggaran Waktu Membaca:
Denda hingga RM1 juta jika cuba elak levi berlepas dari M'sia

Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2). (Gambar: Lai Seng Sin/Reuters)

Diterbitkan : 08 Apr 2019 10:39PM Dikemas Kini : 08 Apr 2019 10:44PM

KUALA LUMPUR: Sesiapa yang cuba mengelak atau membantu orang lain menghindari bayaran levi yang baru diperkenalkan terhadap para penumpang yang melakukan penerbangan keluar dari Malaysia boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta (S$330,270) tidak lama lagi.

Ini adalah antara denda yang diperuntukkan di bawah Rang Undang-undang Levi Keberangkatan yang dibentangkan buat kali pertama di parlimen pada Isnin (8 Apr).

Levi tersebut diusulkan pada November tahun lalu semasa belanjawan dibentangkan.

Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng berkata levi tersebut bernilai RM20 (S$6.60) bagi para pelancong yang berlepas ke negara-negara ASEAN dan RM40 (S$13.20) bagi setiap seorang yang melancong ke negara-negara lain. Sekiranya diluluskan, levi tersebut dijangka dikuatkuasakan pada 1 Jun.

Bagaimanapun, jumlah levi yang diusulkan itu tidak ditetapkan di dalam Rang Undang-Undang yang dibentangkan pada Isnin oleh Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah.

Rang Undang-Undang tersebut menyatakan denda boleh dikenakan ke atas sesiapa sahaja yang cuba mengelak atau membantu orang lain mengelak daripada membayar levi tersebut, seperti dengan memberi keterangan palsu atau melalui menipu.

Sekiranya didapati bersalah, individu terlibat boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta, dipenjarakan sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sesiapa yang memberi keterangan salah yang boleh memberi kesan kepada pasangannya daripada dikenakan levi juga boleh didenda sehingga RM500,000 (S$165,156), dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Ia juga akan menjadi satu kesalahan untuk tidak memberi bantuan yang munasabah kepada pegawai kastam. Jika seseorang bertindak sedemikian, dia boleh dihukum penjara antara enam bulan dengan tiga tahun, denda sehingga RM500,000 atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan