Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Democrat cuba paksa diadakan undian bagi pemecatan Trump

Anggota kongres Democrat, Al Green, memfailkan artikel mengenai pemecatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa (16 Julai).

Anggaran Waktu Membaca:
Democrat cuba paksa diadakan undian bagi pemecatan Trump

Presiden Trump. (Gambar: Leah Millis/REUTERS)

Diterbitkan : 17 Jul 2019 10:25AM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 10:27AM

WASHINGTON: Anggota kongres Democrat, Al Green, memfailkan artikel mengenai pemecatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa (16 Julai).

Ia dibuat sejurus selepas Dewan mengundi untuk mengutuk Encik Trump pada Selasa atas serangan xenofobia terhadap empat penggubal undang-undang Democrat minoriti dan penggunaan bahasa kesat yang menyasarkan pendatang asing.

Wakil Texas itu mengusulkan artikel mengenai pemecatan ke atas Presiden Trump, yang berpotensi memaksa pengundian minggu ini sama ada untuk menyingkirkan presiden itu dari pejabat.

Di bawah peraturan Dewan, seorang anggota boleh memaksa supaya undian pemecatan dilakukan. Encik Green sudah melakukan sedemikian dua kali namun tidak berjaya ketika Parti Republican menguasai Dewan.

Buat masa ini, kebanyakan anggota Democrat nampaknya menentang pemecatan tersebut. Speaker Dewan Nancy Pelosi menolak proses rasmi usul tersebut tanpa sokongan meluas. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan