Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Demi rakyat, Dr Wan Azizah cekal hadapi perubahan drastik kehidupan

Dari rutin mengurus rumah tangga kemudian ke medan politik bagi memperjuangkan reformasi keadilan buat suami yang dipenjara, beliau kini terus cekal 'bertarung' dalam perjuangan baru sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama.

Anggaran Waktu Membaca:
Demi rakyat, Dr Wan Azizah cekal hadapi perubahan drastik kehidupan

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Wan Azizah. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Jun 2018 04:06PM Dikemas Kini : 13 Jun 2018 04:16PM

KUALA LUMPUR: Dari rutin mengurus rumah tangga kemudian ke medan politik bagi memperjuangkan reformasi keadilan buat suami yang dipenjara, beliau kini terus cekal 'bertarung' dalam perjuangan baru sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama.

Setelah dilantik memegang jawatan nombor dua negara pada 21 Mei lalu, Dr Wan Azizah Wan Ismail, 66 tahun,mengakui kehidupannya kini berubah 360 darjah dengan fokus terhadap agenda mencorak masa depan Malaysia baru demi rakyat.

"Masa untuk diluangkan bersama suami memang kurang walaupun suami keluar penjara...masa untuk anak-anak serta cucu juga kian terhad," katanya dalam satu wawancara dengan Bernama di kediaman rasmi timbalan perdana menteri di Seri Satria, Putrajaya baru-baru ini. 

Dr Wan Azizah berkata pentadbiran baru kerajaan Pakatan Harapan (PH) diketuai Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berjanji akan memberi penekanan kepada perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan menghapuskan gejala rasuah.

Beliau amat yakin di bawah kepimpinan PH, potensi memperbaiki masa depan negara yang lebih baik mampu dicapai kerana disokong oleh pemimpin yang begitu dedikasi dan komited mahukan perubahan.

Sumber : Bernama/NA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan