Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Demi elak ditangkap kerana sembunyi dadah dalam dubur, lelaki terjun dari tingkap

Seorang lelaki yang nekad terjun dari tingkat dua sebuah premis di Lorong Haji Taib 1 di Kuala Lumpur semalam ditahan kerana didapati menyembunyikan sejumlah dadah dalam duburnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Demi elak ditangkap kerana sembunyi dadah dalam dubur, lelaki terjun dari tingkap

(Gambar hiasan: Mediacorp)

Diterbitkan : 11 May 2019 06:10PM Dikemas Kini : 11 May 2019 06:12PM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang nekad terjun dari tingkat dua sebuah premis di Lorong Haji Taib 1 di Kuala Lumpur semalam ditahan kerana didapati menyembunyikan sejumlah dadah dalam duburnya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata suspek berusia 42 tahun itu terjun melalui tingkap bagi mengelak ditahan pada kira-kira pukul 10.15 pagi.

"Polis kemudiannya memanggil ambulans untuk membawa suspek ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan kerana retak tulang punggung dan kedua-dua belah kaki.

“Ketika pemeriksaan, pasukan perubatan menjumpai satu bungkusan plastik dadah jenis heroin dan satu balutan sellotape warna biru dipercayai methamphetamine (atau 'Ice') dalam dubur suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (11 Mei).

ACP Mohd Fahmi berkata pegawai perubatan kemudian membuat laporan dan menyerahkan dadah yang ditemui itu kepada pihak polis. Suspek yang mempunyai rekod jenayah berkait dadah kini direman selama empat hari sehingga Selasa untuk siasatan lanjut.

"Rakan suspek iaitu seorang lelaki dan wanita yang berada di premis itu juga ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan