Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Demam Infinity War, Menara TM jadi Stark Tower

Sudah 10 tahun lamanya para peminat menunggu, maka tidak hairanlah demam filem Infinity War tidak dapat dibendung lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Demam Infinity War, Menara TM jadi Stark Tower

Gambar: Unifi/Facebook

Diterbitkan : 25 Apr 2018 02:53PM Dikemas Kini : 25 Apr 2018 03:12PM

KUALA LUMPUR: Sudah 10 tahun lamanya para peminat menunggu, maka tidak hairanlah demam filem Infinity War tidak dapat dibendung lagi.

Pelbagai cara diadakan untuk meluahkan rasa teruja apabila penantian itu berakhir hari ini (25 Apr), dengan filem itu akhirnya ditayangkan.

Antara yang paling mendapat perhatian adalah syarikat telekomunikasi TM, yang meletakkan pancaran logo Avengers di menara mereka di Bangsar sejak dua hari lalu, menurut laporan Asto AWANI.

Berita tentang pancaran logo itu mula dimuat naik seorang pengguna Twitter dengan gelaran @duriancomel dan ia pantas menjadi viral, dengan lebih 2,000 perkongsian.

Lebih ramai netizen kemudian mengambil gambar pemandangan menara itu dan memuat naiknya ke laman sosial masing-masing.

Ramai yang memuji cara pemasaran TM itu, apatah lagi dengan memanfaatkan reka bentuk bangunannya yang mirip Stark Tower.

Seorang pengguna Facebook yang bergelar Unifi juga memuat naik gambar menara itu semalam (24 Apr), dengan kapsyen "Secara rahsia, Menara TM ialah Stark Tower".

Astro AWANI difahamkan bahawa logo itu akan dipancarkan pada jam 8.00 hingga 10.00 malam, sehingga 29 April ini.

Infinity War, filem ke-19 dalam siri filem Marvel, mula ditayangkan di seluruh dunia termasuk Malaysia, hari ini.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan