Images
  • pig nose file
    (Gambar hiasan: Leah Kelley/Pexels)

Demam babi Afrika menular luas di Vietnam

HANOI: Wabak demam babi Afrika menular secara meluas di Vietnam dan menjejaskan industri perladangan tempatan, memaksa tiga kali ganda jumlah babi dimusnahkan berbanding tahun lalu, dedah pemerintah pada Khamis (25 Nov).

"Penularan ini berubah dengan cara yang rumit," menurut satu kenyataan pemerintah. "Ia mengancam untuk merebak secara besar-besaran."

Penularan itu sudah merebak ke 2,275 kawasan, di 57 daripada 63 bandar dan wilayah di negara ini, menurut pemerintah, sambil menambah bahawa pihak berkuasa setakat tahun ini sudah menghapuskan 230,000 ekor babi.

Demam babi Afrika tidak berbahaya kepada manusia tetapi lazimnya membawa maut kepada babi. Ia berasal dari Afrika sebelum merebak ke Eropah dan Asia dan telah membunuh ratusan juta babi.

Vietnam melaporkan kes demam babi Afrika yang pertama pada Februari 2019. Penyakit itu memaksa kira-kira 20 peratus daripada ternakan babinya dihapuskan dan menggandakan harga daging babi tempatan setakat awal tahun lepas.

Penularan itu reda sepanjang tahun lepas dan awal tahun ini, membolehkan negara tersebut membiakkan semula ternakan babinya.

- Reuters/TQ/tq

Top