Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

DBKL, bomba laksana operasi sanitasi di Kuala Lumpur

Sejumlah 80 anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBPMWPKL) hari ini (17 Okt) menjalankan proses sanitasi awam di ibu negara itu bagi membantu mengekang penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
DBKL, bomba laksana operasi sanitasi di Kuala Lumpur

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Oct 2020 01:27PM Dikemas Kini : 17 Oct 2020 01:29PM

KUALA LUMPUR: Sejumlah 80 anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBPMWPKL) hari ini (17 Okt) menjalankan proses sanitasi awam di ibu negara itu bagi membantu mengekang penularan COVID-19.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Mahadi Che Ngah berkata kawasan tumpuan utama adalah di sekitar Dataran Merdeka, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Jalan Bukit Nenas, Jalan Petaling dan Pasar Seni.

"Tujuan utamanya adalah untuk memastikan lokasi ini bersih kerana ia adalah kawasan yang menjadi tumpuan awam selain menjadi tempat persinggahan gelandangan.

"Kami memilih melakukan operasi pada hujung minggu disebabkan keadaan jalan yang lengang seterusnya membolehkan operasi berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan Operasi Sanitasi Awam C19 hari ini.

Encik Mahadi berkata operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan bandar raya tersebut terjamin dari segi kebersihannya dan seterusnya membantu mengurangkan mangsa pandemik COVID-19.

"Jika boleh, kita mahu Kuala Lumpur bebas daripada wabak COVID-19 dan proses sanitasi ini juga merupakan satu pembudayaan dalam norma baru dan ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak," katanya.

Pada masa yang sama, Encik Mahadi menyeru orang awam supaya memberikan kerjasama dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan bagi membantu menyekat penularan COVID-19.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan