Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Datuk Bandar Mexico diheret trak kerana gagal tunai janji

Seorang datuk bandar di Mexico berdepan dengan detik cemas selepas sekumpulan petani menyerbu pejabat dan mengheretnya menggunakan trak gara-gara beliau tidak menunaikan janji.

Anggaran Waktu Membaca:
Datuk Bandar Mexico diheret trak kerana gagal tunai janji

Rakaman detik cemas Datuk Bandar.

Diterbitkan : 10 Oct 2019 12:14PM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 12:18PM

LAS MARGARITAS: Seorang datuk bandar di Mexico berdepan dengan detik cemas selepas sekumpulan petani menyerbu pejabat dan mengheretnya menggunakan trak gara-gara beliau tidak menunaikan janji.

Insiden tersebut berlaku pada Selasa lalu apabila berpuluh-puluh penduduk orang asli Tojolabal bersenjatakan belantan memecah masuk pejabat datuk bandar di bandar Las Margaritas di wilayah Chiapas.

Para saksi memberitahu para penyiasat bahawa sekumpulan petani mengikat Datuk Bandar Jorge Luis Escandon dan meletakkannya di belakang trak.

Kemudian, mereka mengheretnya beberapa puluh meter di jalan raya sebelum polis dan kakitangan awam membebaskan beliau. Namun, beliau tidak mengalami kecederaan.

Pendakwa raya awam, Jorge Luis Llaven berkata, motif serangan berpunca daripada para petani yang naik berang selepas gagal menuntut duit untuk disalurkan kepada masyarakat mereka di Santa Rita El Invernadero.

Sebelum ini, Presiden Andres Manuel Lopez Obrador memperkenalkan dasar bantuan awam dalam bentuk wang tunai kepada para penerima bagi membanteras amalan rasuah serta birokrasi orang tengah.

Seramai 11 orang diberkas dan puluhan lagi cedera dalam insiden tersebut.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan