Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Data 530 juta pengguna bocor sebelum September 2019, kata Facebook

Data 530 juta pengguna bocor sebelum September 2019, kata Facebook.

Anggaran Waktu Membaca:
Data 530 juta pengguna bocor sebelum September 2019, kata Facebook

(Gambar: REUTERS/Dado Ruvic/File Photo)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 02:37PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 02:40PM

AMERIKA SYARIKAT: Facebook pada Selasa (6 Apr) menyatakan satu insiden kebocoran data yang mungkin menjejas 530 juta pengguna dalam bulan September 2019 seperti dilaporkan baru-baru ini berpunca daripada salah guna fungsi pengimport kontaknya.

Facebook sudahpun mengatasi masalah itu setelah ia dikenal pasti ketika itu.

Pada minggu lalu, Business Insider melaporkan bahawa nombor telefon dan butiran lain daripada prodil para pengguna terdedah dalam sebuah pangkalan data awam.

Menurut Facebook, "pelaku berniat jahat" telah memperolehi data itu sebelum September 2019 dengan "mencungkil" profil menerusi kelemahan dalam kaedah penyelarasan kontak rangkaian.

Menurut Facebook, ia mengenal pasti isu tersebut ketika itu dan mengubahsuai kaedahnya.

"Disebabkan tindakan yang kami ambil, kami yakin isu tertentu yang membolehkan mereka mencungkil data dalam tahun 2019 tidak lagi wujud," menurut Facebook dalam catatan blognya.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan