Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dasar perlindungan, pemencilan terus ancam sistem ekonomi dunia: Chan Chun Sing

Sistem dagangan dan ekonomi dunia menghadapi tekanan daripada dasar perlindungan dan pemencilan berterusan yang akan menghambat perkembangan global, kecuali setiap negara mampu membuat penyesuaian.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Nov 2018 12:11AM Dikemas Kini : 07 Nov 2018 12:16AM

SHANGHAI: Sistem dagangan dan ekonomi dunia menghadapi tekanan daripada dasar perlindungan dan pemencilan berterusan yang akan menghambat perkembangan global, kecuali setiap negara mampu membuat penyesuaian.

Demikian menurut pengamatan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura, Chan Chun Sing, semasa berucap di Forum Dagangan dan Pelaburan Singapura-China di Shanghai.

Menurut Encik Chan, memandangkan cabaran itu, Singapura dan China perlu bekerjasama untuk mendukung dan memastikan peraturan di bawah Perjanjian Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO) dipatuhi bagi menjamin sebuah sistem dagangan yang adil dan terbuka.

Tambah beliau, Singapura sentiasa menyokong integrasi China dengan negara-negara lain di dunia.

China kini sampai ke satu peringkat pembangunan di mana pelaburan luarnya mengatasi pelaburan langsung luar negara.

Encik Chan berkata, ini akan membuka peluang baru kepada syarikat-syarikat Singapura. 

Sumber : CNA/SS/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan