Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dana Pelaburan Negara Arab Saudi gandakan nilai aset kepada AS$1.7 trilion jelang 2025

Dana Pelaburan Negara Arab Saudi merancang menggandakan nilai asetnya kepada AS$1.7 trilion (S$2,2 trilion) menjelang tahun 2025.

Anggaran Waktu Membaca:
Dana Pelaburan Negara Arab Saudi gandakan nilai aset kepada AS$1.7 trilion jelang 2025

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Jan 2021 06:39PM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 06:41PM

RIYADH: Dana Pelaburan Negara Arab Saudi merancang menggandakan nilai asetnya kepada AS$1.7 trilion (S$2,2 trilion) menjelang tahun 2025.

Sasaran tersebut bakal menjadikannya salah satu dana terbesar di dunia.

Menurut Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, pelan lima tahun itu akan menjadi pemangkin utama bagi tranformasi ekonomi negaranya.

Ia juga sejajar dengan visi 2030 Saudi untuk mengurangkan kebergantungan negara itu kepada sumber minyak.

Eksport minyak mentah masih merangkumi separuh daripada pendapatan Saudi.

Namun dengan dana tersebut, pelaburan hampir AS$800 bilion (S$1 trilion) akan disalurkan ke sektor-sektor baru pertumbuhan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menjelang 2025, dana Saudi itu dan syarikat-syarikat berkaitannya akan menyumbang hampir AS$320 bilion (S$424 bilion) kepada GDP bukan minyak Saudi.

Sumber : Agensi berita/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan