Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dakwaan Iran catat kemajuan pada perjanjian nuklear disangkal AS, EU

Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) menyatakan pada Selasa (20 April) bahawa lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk menghidupkan semula perjanjian 2015 berhubung program nuklear Iran, meskipun Tehran mendakwa terdapat kemajuan pada usaha tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Dakwaan Iran catat kemajuan pada perjanjian nuklear disangkal AS, EU

Wakil negara-negara anggota perjanjian nuklear Iran bersidang di Grand Hotel Vienna (Gambar: AFP/Handout)

Diterbitkan : 21 Apr 2021 01:59PM Dikemas Kini : 21 Apr 2021 02:15PM

VIENNA: Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) menyatakan pada Selasa (20 April) bahawa lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk menghidupkan semula perjanjian 2015 berhubung program nuklear Iran, meskipun Tehran mendakwa terdapat kemajuan pada usaha tersebut.

Rundingan itu bertujuan untuk mengembalikan Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Joe Biden ke meja rundingan buat kali kedua, dengan utusan Amerika Syarikat Rob Malley dijangka akan pulang ke Washington minggu ini.

Diplomat EU, Enrique Mora mengalu-alukan "kemajuan yang dicapai sejak dua minggu kebelakangan ini" tetapi menegaskan bahawa "cabaran berterusan" masih menghambat usaha untuk memulihkan perjanjian itu, yang bermatlamat untuk membendung program nuklear Iran dan sebagai ganti, sekatan-sekatan akan dilonggarkan.

Bagi Presiden Iran Hassan Rouhani, "rundingan telah mencapai kemajuan 60-70 peratus".

"Sekiranya Amerika bertindak dengan jujur, kita akan berupaya mencapai penyelesaian dalam waktu yang singkat," kata Encik Rouhani, seperti dilaporkan oleh agensi berita rasmi Iran, IRNA.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Ned Price, yang ditanya mengenai sikap optimis Encik Rouhani, bagaimanapun lebih bersikap berhati-hati.

"Ya, ada kemajuan tetapi perjalanannya masih jauh lagi," kata Encik Price kepada para wartawan di Washington.

"Saya fikir wajar untuk mengatakan bahawa banyak lagi usaha diperlukan."

Perjanjian itu di ambang kemusnahan apabila mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump menarik diri daripada perjanjian itu pada 2018 dan mengenakan sekatan-sekatan menyeluruh terhadap Iran.

Sebagai tindak balas, Iran mula meningkatkan kegiatan nuklearnya.

Presiden Biden menyokong perjanjian itu - yang dipatuhi Iran sebelum sekatan Trump - namun menyeru Tehran supaya menarik balik langkah-langkahnya untuk memperkaya uranium sebelum Amerika Syarikat menggugurkan sekatan-sekatan tersebut. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan