Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dakwaan AP sokong Mahathir kekal jadi PM hingga tamat penggal cuma khabar angin

Dakwaan terdapat sekumpulan Ahli Parlimen menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia hingga tamat penggal adalah khabar angin, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail.

Anggaran Waktu Membaca:
Dakwaan AP sokong Mahathir kekal jadi PM hingga tamat penggal cuma khabar angin

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Feb 2020 08:58PM Dikemas Kini : 13 Feb 2020 08:59PM

PUTRAJAYA: Dakwaan terdapat sekumpulan Ahli Parlimen menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia hingga tamat penggal adalah khabar angin, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, beliau ada membaca laporan berkenaan yang disiarkan Sarawak Report namun perkara itu tiada dalam pengetahuannya.

"Tidak ada pengesahan (mengenai SD). Tidak ada sesiapa yang tampil (untuk mengesahkan)," katanya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Encik Saifuddin Nasution ditemui pemberita selepas menghadiri sesi dialog antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan pemain industri mengenai kesan COVID-2019 di Putrajaya pada Khamis (13 Feb).

Semalam, Sarawak Report memetik sumber yang mendakwa Ahli Parlimen dari UMNO, PAS, Bersatu selain Ahli Parlimen PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali telah digesa untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menandatangani SD itu dalam tempoh 48 jam.

Ditanya sama ada beliau turut dipelawa oleh mana-mana pihak untuk menandatangani SD, Encik Saifuddin Nasution berkata: "Setakat yang saya semak tidak ada pun. Bagi saya, ia hanyalah satu khabar angin.”

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan