Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Dakwa saya', kata Mahathir selepas dituduh sebar berita palsu

Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir Mohamad mencabar pihak berkuasa supaya mendakwanya di mahkamah kerana dituduh menyebarkan berita palsu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 May 2018 09:28PM Dikemas Kini : 03 May 2018 10:23PM

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir Mohamad mencabar pihak berkuasa supaya mendakwanya di mahkamah kerana dituduh menyebarkan berita palsu.

Polis menyiasat mantan Perdana Menteri itu di bawah akta anti berita palsu berhubung dakwaan Dr Mahathir bahawa pesawat sewanya telah disabotaj bagi menghalang beliau untuk bertanding dalam PRU14.

Pagi tadi (3 Mei), Dr Mahathir berkempen di Pekan, kawasan undi PM Najib di Pahang.

Malam semalam (2 Mei) pula Dr Mahathir dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Harapan mengadakan ceramah di Kuantan.

Ribuan orang datang ke ceramah di Kuantan itu - jumlah terbesar yang hadir untuk kempen Pakatan Harapan sejauh ini.

Namun kerusi Kuantan memang sudah berada di tangan pihak pembangkang sejak 10 tahun lalu.

Ramai yang hadir dikatakan mahu melihat Dr Mahathir dan isteri bekas musuh politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalahkan Barisan Nasional (BN).

"BN menakut-nakutkan kita. Dia kata kalau Pakatan Harapan menang, habislah Melayu, habislah UMNO. Saya nak tanya kita dekat Ayer Hitam, Johor kita ada "billboard", Liew Chin Tong bertanding di kawasan undi Ayer Hitam, ada gambar Liew Chin Tong dengan Tun Dr Mahathir, dipotongnya Dr Mahathir punya gambar, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tak ada kerja, nak buangkan mantan Perdana Menteri Malaysia. Inilah menyebabkan kita mesti tumbangkan kerajaan yang tak berani berdepan dalam pilihan raya umum secara budiman. Ini adalah satu petanda kita hendak tumbangkan BN," kata Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Mahathir pula hadir di ceramah itu selepas membatalkan satu acara dengan para penyokongnya kerana dikatakan mahu berehat.

Namun semalam juga beliau sempat bertemu dengan para penduduk yang menyertai skim Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA.

Para peserta FELDA dianggap sebagai penyokong kuat BN.

Bagaimanapun dalam pertemuan itu Dr Mahathir memberitahu para penduduk tersebut bahawa PM Najib telah mengecewakan mereka dan terpesong daripada tujuan utama ayahnya, mantan PM Tun Razak semasa mempelopori FELDA.

Sumber : CNA/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan